Khamis, Februari 05, 2009

TERATAK UMI

Adalah kemudahan penginapan "bagai rumah sendiri" bagi yang ingin bercuti di Kuantan ataupun sebagai rumah persinggahan bagi yang bermusafir antara Johor Bahru ke Terengganu / Kelantan.
Terletak di dalam kawasan perumahan di Balok, Kuantan ini merupakan rumah teres dua tingkat yang telah diubahsuai sedikit sebanyak untuk keselesaan tetamu yang datang.

KEMUDAHAN DI TERATAK UMI
  • 2 Bilik Kelamin (berhawa dingin dan berkipas)
  • 1 Bilik Bujang (berkipas)
  • Ruang tamu yang selesa, lengkap dengan perabot set jati dan televisyen
  • Ruang makan yang boleh memuatkan 6 orang.
  • Dapur dengan kemudahan memasak lengkap dengan peti sejuk, rice cooker, blender, termos air elektrik, sandwich toaster.
  • Washing machine disediakan.
  • Tuala, sejadah, arah kiblat dan Quran disediakan.
  • Indoor Games (congkak, dart, dan caroom) disediakan tetapi perlu lebih berhati-hati sekiranya membawa anak kecil.
PAKEJ PROMOSI sempena pembukaan (Sehingga 14 Jun 2009)

Untuk keluarga yang mempunyai anak di Tadika Pintar Bistari @ anak yang pernah bersekolah di Tadika Pintar Bistari
  • 3 HARI 2 MALAM : RM250.00
  • 2 HARI 1 MALAM : RM120.00
Untuk tetamu luar

  • 3 HARI 2 MALAM : RM300.00
  • 2 HARI 1 MALAM : RM150.00
** Tiada 10% caj perkhidmatan
** Tiada 5 % caj kerajaan
  • Check-in (2 petang)
  • check-out (12 tengahari)
Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi:

Azmizan(Pok Mie) ~ 019-8425200, 016-8342204
Email: pokmie@ymail.com

Sila lihat peta lokasi ini: http://map.virtualmalaysia.com/pahang.cfm
http://www.pahangtourism.com.my/aboutphg/aboutphg/pahangmap.html


Alamat TERATAK UMI

11O, Perumahan Balok Baru 1,
26100, Kuantan, Pahang

Rabu, Januari 28, 2009

JALAN JALAN CARI MAKAN

  • Tempat makan tidak menjadi masalah yang besar di Kuantan kerana terdapat banyak kedai-kedai makan di sepanjang jalan dari Bandar Kuantan menghala ke Kemaman. Pada waktu malam, tempat makan "seafood" banyak dibuka dan kawasan parking pun senang. Cuma nak dapatkan yang sedap tu, bergantung kepada taste masing-masing.
  • Keropok Lekor terkenal di Kuantan, dan rasanya tidak kurang hebat dibandingkan dengan keropok lekor Terengganu lebih-lebih lagi yang dijual di persimpangan Kampung Sg. Karang Darat (kampung saya) di Gerai Pak Soh 2. Keropok lekor goreng enak dimakan sewaktu masih panas.
  • Sata, campuran ikan dan kelapa yang dibakar di dalam daun pisang. Rasanya memang sedap lebih-lebih lagi yang dijual di kedai Pak Soh di Tanjung Lumpur . Kedai bersebelahan ada menjual kuih muih yang memang susah nak dapat kat Johor seperti akok, baulu panas, dan kuih-kuih tradisional yang lain. Harga sangat berpatutan.
  • Otak-otak, tak sama seperti otak-otak Johor. Cubalah rasa apa kelainannya.
  • Nasi dagang dan nasi minyak biasanya dijual sebagai sarapan pagi, di samping nasi lemak.
  • Di depan teratak umi, ada gerai menjual sarapan pagi.
  • Kalau nak minum air kelapa muda, datanglah ke rumah ayah saya di 191B, Kg. Sungai Karang Darat, Kuantan, Pahang

TEMPAT MENARIK LAIN

  • Taman Teruntum, terdapat Mini Zoo tapi awas dengan monyet-monyet yang bebas lepas dan berkeliaran mencari makanan. Bagi yang bawa anak, terdapat tempat permainan dan kalau nak main golf pun, boleh aje kerana terdapat golf course tidak jauh dari situ.
  • Cherating, tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Terdapat banyak hotel dan chalet dengan kadar yang berbeza. Pantainya juga cantik dan sesuai untuk berkelah dan mandi-manda. Juga terdapat tempat canting batik bagi yang berminat untuk belajar mencanting batik atau membeli batik sebagai cenderahati.
  • Masjid Negeri, terletak ditengah-tengah Bandar Kuantan.
  • Esplanade Sungai Kuantan (Benteng) - laluan sepanjang Sungai Kuantan yang bersambung dengan Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan. Jika teringin menaiki bot penumpang untuk bersiar-siar, bolehlah ringan-ringan mulut bertanya dengan pemandu bot yang ada di tepi-tepi jeti tu.
  • Taman Gelora, terletak 3 km dari Bandar Kuantan. Terdapat berbagai aktiviti sukan yang boleh dijalankan di kawasan ini samada berjogging, bermain tenis dan sebagainya. Terdapat Pasar Malam pada hari-hari tertentu.
  • Pusat Santuari Penyu Cherating

Selasa, Januari 27, 2009

PANTAI

  • Teluk Chempedak, 5km dari Bandar Kuantan. Pantai yang cantik dan landai tetapi tidak digalakkan mandi sewaktu musim tengkujuh. Biasanya bendera keselamatan akan dipasang di tepi pantai sebagai amaran samada pantai selamat atau sebaliknya. Hotel Hyatt Kuantan terletak tidak jauh dari sini. Terdapat juga McDonalds dan KFC yang dibuka 24 jam bagi pengunjung-pengunjung pantai ini disamping tempat-tempat makan terbuka menghadap ke laut. Bagi yang gemar trekking, boleh memanjat batu-batu besar untuk ke seberang pantai Beserah
  • Beserah, 7 km dari Bandar Kuantan. Perkampungan nelayan yang terkenal dengan hasil laut yang segar walaupun harga tak jauh beza dari Pasir Gudang. Kalau hendak bawa balik ikan segar, jangan lupa bawa tong putih ya.
  • Balok, terletak 13km dari Bandar Kuantan, pantai yang sesuai untuk mandi-manda. Tidak perlu risau kerana terdapat kemudahan tandas untuk bilas mandi dengan sedikit bayaran. Kalau nak merasa tinggal di Swiss Garden Resort, bolehlah ke sana sebab tak jauh dari situ. Terdapat beberapa hotel @ chalet sepanjang jalan dari Beserah hingga ke Cherating.
  • Batu Hitam, terdapat banyak batu-batu hitam di kawasan pantai ini. Terdapat juga tempat-tempat makan. Kalau makan di sini, jangan lupa order "mee calong" dan "rojak ayam" ya.