Selasa, Januari 27, 2009

PANTAI

  • Teluk Chempedak, 5km dari Bandar Kuantan. Pantai yang cantik dan landai tetapi tidak digalakkan mandi sewaktu musim tengkujuh. Biasanya bendera keselamatan akan dipasang di tepi pantai sebagai amaran samada pantai selamat atau sebaliknya. Hotel Hyatt Kuantan terletak tidak jauh dari sini. Terdapat juga McDonalds dan KFC yang dibuka 24 jam bagi pengunjung-pengunjung pantai ini disamping tempat-tempat makan terbuka menghadap ke laut. Bagi yang gemar trekking, boleh memanjat batu-batu besar untuk ke seberang pantai Beserah
  • Beserah, 7 km dari Bandar Kuantan. Perkampungan nelayan yang terkenal dengan hasil laut yang segar walaupun harga tak jauh beza dari Pasir Gudang. Kalau hendak bawa balik ikan segar, jangan lupa bawa tong putih ya.
  • Balok, terletak 13km dari Bandar Kuantan, pantai yang sesuai untuk mandi-manda. Tidak perlu risau kerana terdapat kemudahan tandas untuk bilas mandi dengan sedikit bayaran. Kalau nak merasa tinggal di Swiss Garden Resort, bolehlah ke sana sebab tak jauh dari situ. Terdapat beberapa hotel @ chalet sepanjang jalan dari Beserah hingga ke Cherating.
  • Batu Hitam, terdapat banyak batu-batu hitam di kawasan pantai ini. Terdapat juga tempat-tempat makan. Kalau makan di sini, jangan lupa order "mee calong" dan "rojak ayam" ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan